Saturday, 6 October 2012

Akhirnya....

Assalamualaikum...w..t..w...
hai guys.. apa khabar hari ni? sihat tak?
alhamdullillah...

hah!!! akhir nya!!!! okey fine! perlu ke macam tu kan walaupun happy gileerr...
okey.. enough..
So, sebenarnya nak habaq ni,, exam dah habis.. tu yang gumbira tak terkira.. gumbira boleh kira ke? okey!! tepat pukul 4 petang bbertarikh 5.10.2012 tu berakhirla sesi menjawab soalan..(semua pelajar sila berhenti menjawab dan letakkan pen/pensil).. hek elleh,,. hehehe...

ni gambar kenangan bersama kawan-kawan..

hah,, lepas je habis paper tu,, kitaorang semua terus ambik gambar sebagai kenangan.. semua campur budak-budak group lain gak.. kitaorang kan ada 3 group,, so tu semua group A,B dan C.. vouge tak kitaorang.. hahaha..(perasan)

tapi serius la,, memang suka sangat gambar ni sebab first time kot ambik gambar ramai-ramai... walaupun tak nmapak sangat muka kan.. tapi tak pe la.. yang penting ada gak.. hehe..

okey la guys.. jumpa lagi ea..
take care.. 
Salam..


Thursday, 4 October 2012

Sedih plus gumbira...

Assalamualaikum... w..t...w...
hai guys.. apa khabar hari ni? 
sihat tak? alhamdullillah,, harap-harap sihat la kan..


So, hari ni memang la tak da paper sebab esok adalah last paper untuk exam..
yahooo!!!!! bukan google yahoo tu ea,, tu tandanya menunjukkan ekspresi gumbira aku..
jangan nak gumbira sangat la kan sebab exam tak habis lagi.. ingat nak jawabesok tu senang ke???
nak nak lagi soalan susah tau esok.. korang jangan nak men2.. ewahh..hahaha...

dah tau esok last paper bukan nak baca sangat sibuk dengan facebook(walaupun tak online chat)..
bila tengok status,, punya la ramai kengkawan yang post pasal kesedihan mereka untuk meninggalkan Tanjung Malim tercinta ni,, katanya la...
jangan tak tau,, siap ada yang nangis2 lagi tau..(terharu)..


almaklum la kan,, dah lama kat TM ni banyak masa dihabiskan kat sini bersama-sama dengan kawan-kawan  yang study sama.. so, perasaan sedih tu memang la wujud kan.. (touching)..

 sedih gak la kan nak berpisang.. eh,, berpisah la.. ngan member.. tapi happy gut lacky nya sebab dah habis pun sem 5.. 

praktikal bakal mendatang.. hehe... 
okey la guys..
jumpa lagi ea.. take care... 
Salam...:)

(mood bercampur baur)


Tuesday, 2 October 2012

Tak sabar menanti....

Assalamualaikum... w..t.w...
hai all my frens.. sihat tak hari ni?
harap-harap sihat la kan.. amin..


alhamdulillah.. paper third dah pun selesai dijawab tadi... 
walaupun tak susah sangat tapi.. boleh la juga.. :)
sapa cakap tak susah??? memandai je ea.. mentang-mentang la dah baca note tu semua kan... boleh la cakap senang.. untung la.. 
(salahkan solan pulak kan,, sapa suruh tak nak bace.. padan muka aku..)

first2 solan dah tak boleh nak jawab.. nasib la.. hehe...
blurrr kejap sebenarnya..
tapi lepas tu boleh la jawab... itu pun men tembak je la.. 
nasib baik kertas tu tak bocor kena tembak... hahaha..


harap-harap ada la gak jawapan yang betul kan.. insyallah.. 
so, pengajarannya.. jangan baca last2 minute tau...

tak sabar nak jawab last paper hari jumaat ni..
objektif plak tu senang la tembak kan.. tak pun bom je.. hehe..


okeyla you all,.. jumpa lagi ea...
take care.. 
salam...:)

Monday, 1 October 2012

tension giler kuasa dua...


Assalamualaikum..w..t..w.. hai you all... jumpa lagi..
ala, macam lama sangat tak update. (mengada)
apa khabar hari ni? sihat tak?
alhamdullillah..
aku?? aahhh,, jangan tanya la.. pening sangat kepala ni aa mengenangkan nasib exam tadi.. 
memang paper killer punya soalan la.. macam tak masuk akal pun ada juga.
tapi nak buat macam na kan.. takdir yang menentukan.. sob.. sob.. (sedih)

post ni pasal ketensionan aku la.. apa lagi.. bayangkan soalan dah la soalan maut.. 
(macam la malaikat mungkar nangkir yang tanyakan,, over lebih)
takda la,, soalan memang susah gilerrr... member pun cakap.. tak caya tanya aku.. hahaha..

tapi nak tak nak.. buat je la ikut kemampuan.. walaupun tak berapa nak usaha sangat kan.. so,, tawakal la jawab nya..

okey la.. hope paper esok tak da la soalan yang boleh membuatkan tension aku bertanbah sampai kuasa 4,5,6 dan seterusnya... bla bla bla....

okey la guy.. jumpa lagi ea...
take care.. salam.
caiyok2.. (untuk diri sendiri)

memang macam ni kot kalau tiap kali ada exam

first paper


Assalamualaikum.... w.t.w.. hai you all.. 
apa khabar hari ni? sihat? alhamdullah..

okey entry hari ni ialah berkenaan dengan... ala, macam picture kat atas tu la.. 
actually, hari ni adalah first day untuk exam aku. 
so,, nervous tu mesti la ada kan.. nak nak lagi kalau tak habis baca,,,

so, alhamdullah paper hari ni takda la susah sangat.. boleh jawab la juga.. tapi tak tau la betul ke tak kan jawapannya tu.. tawakal je la kan.. :)

harap-harap la dapat mark yang baik untuk sem ni.. amin..
tapi pening juga masa tengah jawab sebab pagi tu baca last2 minit.. hehehe...
ops lupa nak bagitau exam start pukul 9 pagi.. 
tambah pulak dengan bas yang sikit dicampur tambah bahagi tolak dengan student yang ramai berbaris bagai nak apatah, aku pun tak tau.. :) besa la macam ni la kehidupan kat U.

okey la.. banyak pulak cakapkan..
so, harap second paper senang la. walaupun ni tengah duk baca ntah pape.. hehe..
okey guys, see you all next time.. 
take care,, by.. 
salam..

Friday, 28 September 2012

untuk lelaki...


assalamualaikum... helo all my frens..
how are you today??fine? good.. thanks to Allah..:)

okey, entry ni adalah di tujukan khas untuk semua lelaki-lelaki yang sudah berkahwin dan yang sedang untuk berkahwin..dan yang sama waktu dengannya..  (dah jumpa calon belum? :))
okey, jom kita tengok apa yang suami harus buat untuk isteri tersayang.. 


Love her …when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.

Love her…when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own....

Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

Love her…when her cooking is bad. She tries.

Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.

Love her…when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.

Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

Love her…when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change.

Love her…when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay

Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to
her (trust me this works!)

Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass

Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway

Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her…when she argues. She only wants to make things right for both

Love her…she is yours. You don't need any other special reason!!!!

All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated
as the Queen.
The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:
• Treat the women well.
• The best of you are those who are the best in the treatment of their wives."



final exam dah datang...

assalamualaikum...
hai semuaaa... kira lama jugak la tak update blog ni.. ala bukan ada sapa nak baca pun kan.. (bajet hot)..
final exam untuk sem 5 ni dah tinggal 2 hari je lagi.. tapi aku apsal update blog..
macam tak da note kan nak baca.. itu nama nya mengada-ngada.. hihihi..

ramai dah member-member yang post kat fb tu tengah study.. aku pun baca je la status dorang.. tapi bukannya nak baca note pun..
ntah la,, macam malas nak baca..
korang suka tak baca note????
kira terer la sapa yang cakap yesss tu kan.. 
untung laaaa...

okey la.. harap final ni dapat result yang best sebab dah sem akhir kan duk kat UPSI tercinta ni.. (konon la)
semoga Allah mempermudahkan urusan ku dan rakan-rakan.. insyallah.. amin..
cayok2..  
by... 

Bukit Putus.. (seram)


Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah.

Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.
Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya.

Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu.

Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…
Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya.

Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…
Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni?? ”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ” ” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu ”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ” tanya lelaki tu lagi. ”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??” ” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ” ” Ehh takkan sampai seram… ”



“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”
Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje ye .. ehekss


Sunday, 18 March 2012

Aku Cuma An-Nisaa

Ya Allah..

Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah

Sehingga dirinya digelar afifah solehah

Dialah wanita pertama

Tiada ragu mengucap syahadah

Pengorbanan bersama Rasulullah

Susah senang bersama

Walau hilang harta kerana berdakwah

Walau dipulau 3 tahun 3 bulan

Imannya sedikit pun tak berubah

Mampukah aku setabah dirinya?

Andai diuji sedikit sudah rebah..

Baru dihina sudah mengalah

Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..



Ya Allah..

Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah

Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya

Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda

Anak yang semulia peribadi baginda

Tangannya lah yang membersihkan luka

Tangannya jua yang membersihkan cela

Pada jasad Rasulullah tercinta

Gagahnya dirinya pada dugaan

Mampukah aku sekuat Fatimah?

Saat diri terluka dendam pula menyapa

Saat disakiti maki pula mengganti

Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..



Ya Allah..

Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah

Tukang sisir yang beriman

dan Keluarga Yasir yang bertakwa

Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia

Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan

Mampukah sabarku seperti mereka?

Tatkala digoda nafsu dunia..

Entah mana hilangnya Iman di dada



Ya Rahman..

Kuatkan Imanku seperti Masyitah

Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih

Kerana yakin Allah pasti disisi

Sabarkan aku seperti sumaiyah

Biar tombak menusuk jasad..

Iman sedikit pun takkan rapuh.



Ya Allah..

Jadikan aku semulia Ummu Sulaim

Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman

Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah

Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami

Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud

Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah



Ya Allah..

Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya

Tingginya nilai cinta pada harga Iman

Mampukah aku menatap cinta itu?

Sedangkan rupa yang menjadi pilihan

Ketulusan Iman diketepikan

Ya Allah..

Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..



Ya Allah...

Jadikan aku sehebat Aisya Humaira

Isteri termuda Rasulullah

Biar dilempar fitnah

Dia tetap teguh pada ketetapanNya

Isteri sejati yang memangku Nabi

Pada saat terakhir baginda

Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan

Betapa hatimu seorang mujahidah



Ya Allah..

Mampukah aku contohi dirinya?

Pada fitnah yang melanda

Diri mula goyah dan putus asa

Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..



Ya Allah..

Teringat diri pada Khansa

Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH

Dia meratap tangis..

Anak sulungnya syahid

Anak keduanya turut syahid

Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid

Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta

Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad

Ya Allah..

Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?

Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab

Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah

Berikan aku kekuatan sepertinya..

Agar bersedia pada akhirat.



Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..

Diriku bukan setabah Ummu Khadijah

Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah

Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah

Mahupun sehebat Ummu Sulaim

Dan tidak seteguh Aisya Humaira

Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman

Dimana Aurat semakin dibuka terdedah

Dimana syahadah hanya pada nama

Dimana Dunia yang terus dipuja

Dimana nafsu fana menjadi santapan utama

Dimana batas sentiasa dileraikan

Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan



Wahai Kaum Hawa

Kita cuma An-Nisaa

Para pendosa yang terbanyak di neraka

Lantas walau tak setabah para Mujahidah

Namun Tabahlah pada ketetapan Allah

Kerana padanya ada Syurga!

Walau tak semulia para wanita sirah

Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara

kerana padanya ada Pahala!

Walau tak sesabar para wanita solehah

Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa

Kerana padanya ada bahagia!



Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam

Bukan untuk ditindas kerana lemah

Tapi untuk dilindungi kerana Indah

dan Indah apabila tertutup terpelihara

Kerana disitulah terjaganya Syahadah

Bak mekarnya wanita dalam sirah

Tuntunlah kami ke arah syurga..

Bicara dari An-Nisaa yang hina..

Makbulkan doaku..

Aamiin..
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...