ni bendera sabah
Tawau adalah sebuah tempat begitu unik kerana satu satunya tempat di Sabah yang dihuni masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu Tawau ini adalah terdiri daripada pelbagai suku kaum Melayu yang telah lama hidup bersama dan mengamalkan cara hidup dan budaya yang sama iaitu Budaya Melayu.
Walaupun berbeza asal keturunan namun di Tawau, mereka telah wujud dalam satu komuniti yang dipanggil Masyarakat Melayu. Mereka cuma menggunakan satu bahasa sebagai bahasa pertuturan dan pergaulan iaitu Bahasa Melayu Tawau.
Umumnya, masyarakat Melayu Tawau ( native community ) ini adalah kumpulan masyarakat dari gabungan pelbagai rumpun Melayu di Tawau sama ada tercantum melalui hasil perkahwinan campur sesama mereka dan juga hasil perkongsian cara hidup, amalan adat tradisi serta budaya setempat yang ditunjangi oleh agama Islam yang suci sebagai asas panduan utama dalam kehidupan dan disatukan oleh satu bahasa yang indah iaitu bahasa Melayu yang difahami dan dipertuturkan bersama.
Masyarakat rumpun Melayu yang terdapat di Tawau adalah seperti Melayu Tidung, Melayu Arab, Melayu Banjar, Melayu Suluk, Melayu Jawa, Melayu Bulungan, Melayu Kokos dan lain-lain. Ini termasuk juga sebilangan kecil masyarakat dari keturunan yang lain seperti Bajau dan Iban-Muslim yang memilih untuk hidup bersama masyarakat Melayu yang lain. Masyarakat ini telah wujud sekian lama sebelum zaman penjajahan British lagi. Mereka telah membuka penempatan di kuala-kuala sungai dengan hidup sebagai nelayan dan menanam padi bukit. Mereka hidup bersama-sama, berkahwin di antara mereka dan saling mewujudkan masyarakat yang aman damai di Tawau sebelum kedatangan pihak British dan orang-orang Cina.
Di daerah Tawau ini, masyarakat Melayu telah wujud sejak beratus tahun lama dahulu. Penempatan masyarakat Melayu terawal di Tawau ialah di Kuala dan di sepanjang hilir Sungai Tawau atau Tawau Lama iaitu perkampungan nelayan masyakat Melayu keturunan Tidung dan Suluk. Nama Tawau sendiri sebenarnya adalah berasal dari perkataan Tidung yang bermaksud 'NAWAU' iaitu cara orang-orang dahulu memancing ikan di sepanjang sungai Tawau. Kemudiannya panggilan itu lebih dikenali dengan sebutan 'TAWAO' mengikut panggilan masyarakat Suluk yang merupakan penduduk majoriti di sekitar perairan wilayah Kesultanan Melayu Islam Sulu.
Mengikut sejarahnya sebelum kewujudan Tawau sebagainya kampung nelayan, terdapat sebuah kampung Melayu Islam tertua di Kalabakan yang pada ketika itu di bawah naungan Kesultanan Bulungan-Tarakan. Setelah kampung Tawau Lama ini dimajukan oleh British sebagai kawasan penanaman kelapa ( kopra ), ramai masyakat Melayu khususnya masyarakat Melayu Tidung berpindah ke kawasan di luar Tawau Lama seperti di Kuala Apas dan di Kuala Merotai. Mereka menjadi penduduk di sana dan pemilik Tanah di sana hingga ke saat ini. Masyakat Melayu Suluk pula banyak yang mendiami kawasan perkampungan di Tinagat, Membalua, Ranggu dan Indrasabah. Mereka juga penduduk tetap dan pemilik tanah di sana hingga ke hari ini.
Di Pulau Sebatik juga terdapat perkampungan nelayan Melayu lama di Sungai Tamang sebelum kewujudan pekan Wallace Bay sebagai pusat pentadbiran di sana. Setelah Syarikat North Borneo British menjadikan Tawau sebagai sumber kekayaan ekonomi mereka, barulah wujud ladang ladang getah yang dibuka oleh ahli peniagaan dari Jepun seperti Kuhara Plantation milik Mr Kuhara seperti Ladang Merotai, Ladang Table, Ladang Tiger dan Ladang Sungai Imam dan juga Kubota Plantation milik Mr Kubota. Selepas perang Jepun tamat, ladang-ladang kepunyaan bangsa Jepun seperti Kuhara Plantation ini diambilalih sepenuhnya oleh British dan ditukarkan namanya kepada Borneo Abaca Limited ( BAL ). Begitu juga dengan kewujudan North Borneo Timber ( NBT ) yang berpusat di Wallace Bay pada awal era pemerintahan British yang bertujuan memonopoli sumber kekayaan hasil kayu balak di Tawau pada ketika itu.
ni la bahasa tawau yang selalu digunakan..
like bahasa tawau..:)

