Saturday, 10 September 2011

Tanah Tumpah Darahku

ni bendera sabah
Tawau adalah sebuah tempat begitu unik kerana satu satunya tempat di Sabah yang dihuni masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu Tawau ini adalah terdiri daripada pelbagai suku kaum Melayu yang telah lama hidup bersama dan mengamalkan cara hidup dan budaya yang sama iaitu Budaya Melayu.
Walaupun berbeza asal keturunan namun di Tawau, mereka telah wujud dalam satu komuniti yang dipanggil Masyarakat Melayu. Mereka cuma menggunakan satu bahasa sebagai bahasa pertuturan dan pergaulan iaitu Bahasa Melayu Tawau.
Umumnya, masyarakat Melayu Tawau ( native community ) ini adalah kumpulan masyarakat dari gabungan pelbagai rumpun Melayu di Tawau sama ada tercantum melalui hasil perkahwinan campur sesama mereka dan juga hasil perkongsian cara hidup, amalan adat tradisi serta budaya setempat yang ditunjangi oleh agama Islam yang suci sebagai asas panduan utama dalam kehidupan dan disatukan oleh satu bahasa yang indah iaitu bahasa Melayu yang difahami dan dipertuturkan bersama.
Masyarakat rumpun Melayu yang terdapat di Tawau adalah seperti Melayu Tidung, Melayu Arab, Melayu Banjar, Melayu Suluk, Melayu Jawa, Melayu Bulungan, Melayu Kokos dan lain-lain. Ini termasuk juga sebilangan kecil masyarakat dari keturunan yang lain seperti Bajau dan Iban-Muslim yang memilih untuk hidup bersama masyarakat Melayu yang lain. Masyarakat ini telah wujud sekian lama sebelum zaman penjajahan British lagi. Mereka telah membuka penempatan di kuala-kuala sungai dengan hidup sebagai nelayan dan menanam padi bukit. Mereka hidup bersama-sama, berkahwin di antara mereka dan saling mewujudkan masyarakat yang aman damai di Tawau sebelum kedatangan pihak British dan orang-orang Cina.
Di daerah Tawau ini, masyarakat Melayu telah wujud sejak beratus tahun lama dahulu. Penempatan masyarakat Melayu terawal di Tawau ialah di Kuala dan di sepanjang hilir Sungai Tawau atau Tawau Lama iaitu perkampungan nelayan masyakat Melayu keturunan Tidung dan Suluk. Nama Tawau sendiri sebenarnya adalah berasal dari perkataan Tidung yang bermaksud 'NAWAU' iaitu cara orang-orang dahulu memancing ikan di sepanjang sungai Tawau. Kemudiannya panggilan itu lebih dikenali dengan sebutan 'TAWAO' mengikut panggilan masyarakat Suluk yang merupakan penduduk majoriti di sekitar perairan wilayah Kesultanan Melayu Islam Sulu.

Mengikut sejarahnya sebelum kewujudan Tawau sebagainya kampung nelayan, terdapat sebuah kampung Melayu Islam tertua di Kalabakan yang pada ketika itu di bawah naungan Kesultanan Bulungan-Tarakan. Setelah kampung Tawau Lama ini dimajukan oleh British sebagai kawasan penanaman kelapa ( kopra ), ramai masyakat Melayu khususnya masyarakat Melayu Tidung berpindah ke kawasan di luar Tawau Lama seperti di Kuala Apas dan di Kuala Merotai. Mereka menjadi penduduk di sana dan pemilik Tanah di sana hingga ke saat ini. Masyakat Melayu Suluk pula banyak yang mendiami kawasan perkampungan di Tinagat, Membalua, Ranggu dan Indrasabah. Mereka juga penduduk tetap dan pemilik tanah di sana hingga ke hari ini.
Di Pulau Sebatik juga terdapat perkampungan nelayan Melayu lama di Sungai Tamang sebelum kewujudan pekan Wallace Bay sebagai pusat pentadbiran di sana. Setelah Syarikat North Borneo British menjadikan Tawau sebagai sumber kekayaan ekonomi mereka, barulah wujud ladang ladang getah yang dibuka oleh ahli peniagaan dari Jepun seperti Kuhara Plantation milik Mr Kuhara seperti Ladang Merotai, Ladang Table, Ladang Tiger dan Ladang Sungai Imam dan juga Kubota Plantation milik Mr Kubota. Selepas perang Jepun tamat, ladang-ladang kepunyaan bangsa Jepun seperti Kuhara Plantation ini diambilalih sepenuhnya oleh British dan ditukarkan namanya kepada Borneo Abaca Limited ( BAL ). Begitu juga dengan kewujudan North Borneo Timber ( NBT ) yang berpusat di Wallace Bay pada awal era pemerintahan British yang bertujuan memonopoli sumber kekayaan hasil kayu balak di Tawau pada ketika itu.
ni la bahasa tawau yang selalu digunakan..
like bahasa tawau..:)

Friday, 22 July 2011

cukur ka tidak???

assalamualaikum..w..t..w...
apa khabar semua?sihat?alhamdullillah...
apa bendanya entry aku hari ni?pasal cukur mencukur plak..hihi
(ah'ha jangan kuningkan fikiran anda.hihi)
sebenarnya aku juga dulu masih keliru sama ada bulu kaki perempuan boleh di cukur atau tidak. jadi aku dah dapat jawapannya.

bagi kamu yang juga seperti aku, bulu kaki mengikut islam adalah HARUS di cukur, maksudnya terpulang dari individu sama ada mencukur bulu kaki supaya licin dan bersih ataupun biarkan sahaja bulu kaki tersebut di tempat asalnya.hehe..
(ala, bukan lebat betul pun kan bulu kaki pompuan ni)
Nabi s.a.w. dalam hadisnya;
“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang mencukur alis (bulu kening) atau minta dicukur alisnya dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.). 
bermaksud tidak ada larangan bagi perempuan untuk mencukur bulu kaki.
so, tidak berdosa bagi kita wanita untuk melakukannya.

okehlah, sampai disini saja dahulu.. kita jumpa lagi di hari yang lain.
insyaallah..
assalamualaikum..


gambar ni x da kena mengena dalam entry ni saja jak letak sebab bulu penguin ni lebat dan comel plak 2.. hehe..

Tuesday, 19 July 2011

bulan ramadhan bakal tiba...

assalamualaikum...w..t.w..

apa khabar semua? anda sihat? aduh, mula-mula jak sudah ayat formal? perlu ka? hihihi..

tak sangka kan pejam celik, pejam celik sudah mau masuk bulan ramadhan. maksudnya kita akan berpuasa selama satu bulan.

aku?? macam biasa la sebagai perantau di negeri orang terpaksa berpuasa di sini tanpa ahli keluarga tersayang yang berada di kampung. (eh, terpaksa ka?)

apa-apa pun kena tabahkan hati juga. insan yang cemerlang adalah insan yang dapat bersabar dan berdikari.. eceh macam ayat Dato Fadilah Kamsah pulak.. hihi..
tapi aku berharap walaupun tanpa keluarga tersayang aku akan jadi seorang muslimah yang lebih baik pada bulan ramadhan yang bakal menjelma dan seterusnya la. insyaallah..

okeh la.. sampai sini dahulu..
selamat berpuasa kepada semua umat islam semoga bertambah la rahmat kepada diri kita dan sentiasa berada di dalam redha Illahi...
sampai jumpa lagi insyaallah kalau masih di panjangkan umur...
assalamualaikum...
jangan lupa pergi masjid atau surau terdekat untuk menunaikan solat sunat tarawih


Tuesday, 28 June 2011

Carta dosa... anugerah di akhirat...

Assalamualaikum..w..t..w...
selamat sejahtera ya semua... sihat ka ni? kalau ada yang rasa2 mau demam 2 cepat2 la makan ubat ya..

entry aku hari ni just mau berkongsi pengetahuan yang kawan aku sampaikan.. so, aku rasa entry ni membuatkan kita umat islam menjadi lebih baik hari ini daripada semalam.. insyaallah....
ni adalah carta sekiranya kita melakukan kejahatan dan balasan yang akan kita dapat... ala,, mcm pertandingan jugak la.. klu menang mesti dapat hadiah kan,, kalau kalah dapat apa?
fikirkanlah...

  1. meninggalkan sembahyang lima waktu- ular Saqar sedang menunggunya..
  2. melewat-lewatkan solat- Neraka Wail edang menganga untuknya..
  3. meringan-ringankan syariat- mendapat pandangan murka Al-Jabbar..
  4. mengumpat peribadi orang- gunting neraka sedang diasah..
  5. tidak menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan- libasan api neraka di janjikan..
  6. menyebarkan gossip atau fitnah- duri-duri menanti di taman neraka..
  7. tidak berakhlak dengan manusia- mendapat kemurkaan Allah..
  8. menyakiti hati orang lain dengan lisan- masuklah mana-mana antara pintu neraka..
  9. meringankan amanah- angkatlah seberkas kayu dari neraka..
  10. bersangka buruk- amalan baik diambil orang...

subhannallah....
semoga kita tidak tergolong diantara sepuluh carta tersebut...
renung-renungkanlah...

Friday, 29 April 2011

MimPi??

Assalamualaikum....w.t.w...

hari ni aku nak cakap sal mimpi..
korang semua penah mimpi ka?
ish3..mustahil x penah kan...

orang tua2 cakap, sebuah mimpi ni terkadang bukan hanya permainan minda di dalam tidur tau.
mungkin juga ia hadir sebagai petanda ataupun berupa satu amaran. jeng.jeng..jeng..

di tambah pula, malam yang penuh dengan rahsia dan misteri..
time ni sang iblis berirkar dengan pelbagai cara akan mengganggu dan menyesatkan anak Adam..
kita la..

klu korang mau tau,,
iblis ni mampu utk berubah rupa dari buruk ke cantik pada pandangan mata manusia asalkan misi dan visinya menyesatkan manusia berjaya..
tgk 2 syaitan pun ada matlamat.. ni kan plak kita manusia..

iblis ni sengaja menggoda manusia untuk mengganggu gugat jiwa dan menguji keimanan hamba Allah..di tika ni, hanya iman yg kukuh dapat melindungi diri kita dari gangguan sama ada yg nyata atau ghaib..

berterusan la menunaikan solat 5 waktu sebagai tiang agama agar manusia sentiasa mengingatidan memohon perlindungan-Nya agar terhindar dari godaan dan muslihat yg x mampu di lihat oleh mata atau hati kita yg lemah..

kalimah2 suci ada la senjata utk kita berlindung,,
menjauhi malahan menghancurkan musuh yg nyata mengganggu manusia.

kerana tiada daya dan upaya selain dari kekuatanNya dan tiada kekuatan tanpa izinNya..

jadi moralnya...
sebelum tidur 2 cuci la kaki dan jangan lupa baca doa tidur...

Tuesday, 19 April 2011

Dia datang.....

ASSALAMUALAIKUM..W.T.W..n salam satu Malaysia..
eceh3....hehehe..

dia datang sudah.. sapa yg dtg kn? ada la ba kmu ni mau jg tau.. hahaha...
habis la aku mcm na mau hadapi ni..(nervous la kunuk)... hehehe..
tpi betul la rasa2 nya boleh ka aku hadapi ni ya.. aku pun x pasti lagi.. adoii...ndak tau la.. mau ndak mau pun kena hadapi juga kan biar mcm na pun.. tpi ndak pa yg pnting ku bahagia...hahaha,,(lagu ada apa dengan cinta la plak)

klu kamu la kan apa yang kamu buat klu time2 bgni..???jawab jgn ndak jwab..hihihi..
apa2 jak la kan.. aku ndak tau la klu kmu,, tapi aku ada ka ptut time bgni msih smpat buka fb ngn smpat lagi post di blog ni aa...

padahal besok hari nya akan menjelma dah...

okeh la,, malas la mau fikir.. apa mau jadi.. jadi la,,, yg penting.. usaha, doa dan tawakal kan...

EXAM.... mmg terbaik dari ladang.. hehehe....

 i likes exam..
(padahal dalam hati tuhan jak yg tau..)

okeh la... jumpa lagi..
assalamualaikum...

Tuesday, 12 April 2011

RiNdU....;-(



Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh...

apa khabar sahabatku sekalian?sihat? alhamdulillah.. Allah dah bagi nikmat kan.. kita kena la bsyukur...
first, aku nak mengucapkan syukur bab dapat gak wat blog ni biar pun belajar skit2.. hehehe...(member yang tolong ajarkan pas 2 explore sendiri, dia ckp pndai2 la nak wat mcm na) tpi thanks gak kan member aku 2 coz x kedekut ilmu. (ilmu x boleh kedekut coz Allah yg punya betul tak?)

sebenarnya kenapa aku letak video 'aku ingin pulang' ni? tajuk nya plak RINDU? time aku wat blog ni aku rindu sangat kat famili aku kat kampung. bila aku dengar lagu ni terasa mcm nak balik je..(nasib baik kapal terbang tak boleh mendarat kat Tanjung Malim..hehehe..)

lagu ni wat aku rindu kat mak,bapa n adik beradik aku kat kampung 2.. semester ni aku x blik so perasaan rindu 2 lagi la bertambah2.. tapi x pe, aku anggap ni ujian yang Allah bagi kat aku.. n sebagai pengorbanan untuk menuntut ilmu betul x?

okeh la.. sebenarnya aku malas nak tulis panjang2 ni.. tambah rindu kat famili aku..(kena banyak bersabar n berdoa).. kita jumpa lagi eh... assalamulaikum..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...